Menggunakan Bas RapidKL Perkhidmatan_bas_RapidKL

Terdapat empat jenis perkhidmatan bas yang disediakan (diikuti istilah bahasa Inggeris dan tanda warnanya), iaitu:

  • Perkhidmatan bandar (City Shuttle, merah)
  • Perkhidmatan utama (Trunk Routes, biru)
  • Perkhidmatan tempatan (Local Shuttle, hijau)
  • Perkhidmatan ekspres (Express Route, jingga)

Rangkaian bas dibahagi kepada enam kawasan (diikuti dengan tarikh pelancaran):

Mulai 21 April 2007, seiring dengan satu langkah peningkatan mutu perkhidmatan bas, kini nombor-nombor laluan disertakan satu huruf antara berikut yang menandakan jenis laluan:

  • B:Bandar (cth: B103)
  • U:Utama (cth: U209)
  • T:Tempatan (disusuli angka kawasan, cth: T301 berkhidmat di Kawasan Tiga)
  • E:Ekspres (cth: E1)

Sesetengah penumpang RapidKL perlu menaiki lebih daripada satu bas untuk melengkapkan perjalanan. Beberapa perhentian bas disediakan berdekatan dengan stesen LRT sebagai ciri-ciri utama kemudahan integrasi RapidKL.

Tambang

Mulai 1 September 2009, pas harian yang digunakan sejak Janurai 2006 dimansuhkan, oleh itu hanya tiket sehala akan dijual di semua bas. Tambang konsesi dikenakan kepada pelajar sekolah kerajaan yang berpakaian seragam, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga emas yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL.

Isteri/suami dan sejumlah empat orang anak bawah umur 15 tahun boleh mengiringi pemegang pas secara percuma pada hujung minggu dan cuti umum.

Penjadualan

Meskipun tiada jadual kehadiran bas yang tetap, namun terdapat maklumat kekerapan (headway) dan waktu operasi. Kekerapan bas adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan bandar: 10–20 minit
  • Perkhidmatan utama: 15–30 minit
  • Perkhidmatan tempatan: 15–30 minit
  • Perkhidmatan ekspres: 30–60 minit

Terdapat perjalanan berjadual yang tidak tertakluk kepada kekerapan tersebut. Maklumat lanjut mengenai kekerapan bas boleh diperoleh di laman web RapidKL.

RapidBET

BET ialah sistem yang mana bas menggunakan lebuh raya yang kurang sesak untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan kawasan jauh yang sangat ramai penduduk. Perkhidmatan ini hanya berhenti di hentian-hentian yang tertentu dan bergantung pada bas penyuap dan kemudahan park-n-ride demi penumpang yang mencukupi. Perkhidmatan RapidBET hanya disediakan pada waktu kemuncak pagi dan petang hari bekerja sahaja.

Laluan-laluannya adalah seperti berikut: